Umat Islam Makin Bertambah

Setiap tahun ratusan warga Sabah dan Sarawak memeluk Islam, kembali kepada fitrah. Alhamdulilah, semakin ramai yang menerima Islam dalam hati mereka dan ramai juga yang sedang mendalami Islam.






Mereka Belajar Dalam Kekurangan

Namun begitu, pelajaran anak-anak kecil ini terhad disebabkan kekangan akses kepada guru-guru agama. Buku-buku rujukan Islam pula sedikit yang boleh digunakan.

Keterbatasan ini menyebabkan anak-anak ini tidak mampu belajar agama dengan sempurna.




Akses Yang Terhad

Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan daripada mereka ini berada di kawasan pedalaman yang kurang kemudahan & keperluan asas lain.




Prihatin Atau Pedulikah Kita?

Sebagai umat Islam, sudahkah kita tunaikan tanggungjawab kita untuk membantu saudara baru ini dalam menguatkan keislaman dan tali kepercayaan mereka kepada Allah SWT?





Mereka Perlukan Kita

Yayasan Ikhlas mempunyai visi & misi yang jelas pada tahun 2021 & 2022 ini.

Kami mensasarkan untuk membantu lebih 900 saudara baru dan anak-anak mereka mendapatkan akses kepada guru-guru agama dan buku-buku rujukan Islam dengan lebih mudah

Untuk mencapai matlamat ini, kami menganjurkan satu program ANJUNG IKHLAS yang mana kami akan menyalurkan dana terus ke tabung pendidikan & pembangunan mereka.

ANJUNG IKHLAS adalah sebuah projek pendidikan oleh Yayasan Ikhlas untuk mualaf Sabah dan Sarawak yang memfokuskan kepada pengukuhan dan pemahaman Islam.

Kami berharap dengan bantuan ini, mampu membantu mereka meneruskan hidup sebagai muslim baru yang tidak diabaikan & isitiqamah dengan Islam.


Ke Mana Sumbangan Anda Akan Disalurkan?

1) Kelas Fardu Ain



Menyediakan pengajian Fardu Ain bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa secara percuma, dengan bantuan Daie-Daie yang kami pilih untuk membimbing mereka.


2) Kit Bantuan Ke Sekolah



Menyediakan peralatan sekolah yang lengkap bagi mereka supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan efisien.


3) 1 Daie Untuk 30 Pelajar



Menyediakan peluang pekerjaan dengan melantik Daie-Daie untuk mengajar kanak-kanak di sini dengan lebih teratur.


Namun Kami Tak Mampu Tanpa Anda

Kesemua perancangan ini takkan mampu kami lakukan sendiri tanpa bantuan anda. Untuk membantu mereka yang kesusahan ini, kami dan anda perlu bersama-sama berganding bahu tanpa mengira pangkat, harta, atau bangsa.

Mereka semua adalah saudara kita yang perlukan sokongan dari kita. Kalau bukan kita, siapa lagi?


Siapa Kami


Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan kemanusiaan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization), yang ditubuhkan pada 5 Mac 2009.

Misi utama kami ialah untuk meringankan beban dan membantu golongan fakir miskin, anak yatim, muallaf, orang kurang upaya & mereka yang ditimpa musibah.

Pihak kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.

Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti berikut:




Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662)


Bantu Kami Untuk Bantu Mereka


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Anjung Ikhlas - RM35 (Keperluan Asas)
Anjung Ikhlas - RM 50 (Keperluan Asas + Alat Tulis)
Anjung Ikhlas - RM 100 (Keperluan Asas + Alat Tulis + Makanan)
Anjung Ikhlas - RM 200
Anjung Ikhlas - Seikhlas hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Ikhlas
khidmatpelanggan@yayasanikhlas.org.my
+601159586782