
SOALAN INI BUAT SATU KONVOI KAMI MENANGIS
"IKAN INI NAK DIBUAT APA? " "MAKAN DENGAN UBI REBUS BANG.."
Ikan kecil-kecil ini direbus dimakan bersama ubi kayu rebus, bukan tidak mahu digoreng ikan-ikan ini, namun mereka bahkan tidak mampu untuk membeli minyak masak.
Mereka hanya dapat makan nasi apabila ada bantuan atau sukarelawan tiba di kampung mereka, ubi rebus telah lama mengantikan beras.
Apa sahaja yang boleh di tanam dan di cari mereka makan untuk mengisi perut asalkan anak-anak tidak menangis kelaparan.
Wajah gembira anak pedalaman borneo menerima bantuan pek makanan
Menangis kami apabila mendengar cerita mereka.
Rumah-rumah disana tiada elektrik dan pendapatan mereka rata-rata bawah RM500 sebulan.
Dirumah ada anak-anak,isteri dan ibubapa yang uzur perlu diberi makan dan pakai. Tuan puan bayangkan mereka hanya untuk makan sahaja sudah susah, bagaimana dengan keperluan lain?
Sukar nak percaya kan?
Ini benar-benar realitinya disana, Yayasan Ikhlas sedar akan keperluan untuk menghantar bantuan secara berkala kepada mereka.
Projek Borneo dijlancarkan sejak 2014, dimana Yayasan Ikhlas berkerjasama dengan lebih 20 agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak,Institut Pengajian Islam dan Kebajikan Sabah (IPDAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam usaha membantu Asnaf dan fakir serta mualaf di borneo yang memerlukan bantuan segera.
KENAPA KITA KENA BANTU?
Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Setakat ni Alhamdulillah, kami telah berjaya masuk 45 buah kampung di sekitar kawasan Semporna, Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan untuk misi bantuan kemiskinan Sabah ini, sejak PKP Mac yang lalu.
SUMBANGAN ANDA HARI INI WALAUPUN RM 10 MAMPU MENERBITKAN SENYUMAN MEREKA
Alhamdulillah, sejak awal tahun ini sehingga kini lebih 105,630 penerima manfaat yang telah kami salurkan bantuan hasil sumbangan ikhlas anda semua.
TIDAK PERLU RISAU AKAN KETELUSAN KAMI
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.
Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:
![]()
Dengan kerjasama:
![]()
Ayuh hulurkan bantuan anda sekarang!
![]()