SAMA SAMA KITA BANTU
PESAKIT YANG TIDAK MAMPU
AGAR MEREKA KEMBALI SIHAT
Projek Bantu Pesakit Sihat (BPS) ini merupakan salah satu daripada projek inisiatif berunsur kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas (YI) dengan kerjasama pihak hospital bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat para pesakit yang kurang bernasib baik dalam menjalani proses rawatan yang memerlukan alat-alat tertentu dengan kos yang agak tinggi dan di luar kemampuan pesakit.
"MERANA MENANGGUNG SAKIT KERANA TIDAK MEMILIKI ALAT BANTUAN PERUBATAN"
Begitu ramai pesakit yang telah menerima rawatan di hospital tetapi setibanya dirumah, mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa kerana tidak memiliki alat bantuan perubatan.
Bagi projek ini, kami bekerjasama secara langsung dengan Jabatan Kerja Sosial Hospital bagi mendapatkan senarai nama pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.


Kami menyasarkan seramai 2,500 pesakit yang akan mendapat manfaat daripada projek yang dilaksanakan ini di seluruh negeri di Malaysia.
- kerusi roda
- kaki palsu
- alat bantuan pernafasan
- alat bantuan pendengaran
- kos ubat-ubatan yang mereka perlukan untuk kembali sihat.
SIAPA YAYASAN IKHLAS
DAN MENGAPA ANDA TIDAK PERLU RISAU KETELUSAN KAMI
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Sumbangan anda layk menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Lengkapkan butiran penuh diri anda.