"WALAUPUN DAIF KAMI AKAN TETAP GUNAKAN SURAU INI"


Surau yang mulanya dibina oleh warga penduduk dengan bersusah payah menggunakan bahan-bahan yang disumbangkan orang dan kayu-kayu hanyut, bagi merealisasikan impian mereka sekian lama untuk mempunyai surau di kampung.

Setelah bertahun-bertahun tidak dibaikpulih kini keadaan surau menjadi sangat daif dan reput, menimbulkan kerisauan kepada warga yang berumur setiap kali mengujungi surau.



JAMBATAN TIDAK STABIL DAN REPUT!!


Setiap hari jemaah yang hadir tidak kurang dari 50 ke 100 dan ketika perayaan bulan islam melebihi sehingga 150 orang pada satu-satu masa. Surau inilah yang mereka harapkan untuk mengumpulkan komuniti beragama islam dan titik peluasan ajaran agama kepada mualaf dan penduduk pedalaman.


Surau pedalaman yang kami kunjungi amat daif sekali, sehinggakan setiap kali hujan air menaiki surau kerana belum memiliki sistem perparitan yang sempurna. Lantai basah kerana bumbung berlubang dan berkarat. Lantai surau hanya di alasi tikar getah jauh sekali hendak dialaskan karpet.



JOM BANTU MEMBINA DAN BAIKPULIH RUMAH ALLAH

Jom bersama-sama kita mengambil bahagian untuk bantu membaikpulih rumah Allah bagi kegunaan penduduk pendalaman, insyaAllah pahala berpanjangan selagi surau dan masjid tersebut digunakan.

1. Surau An Nur,sandakan,sabah.

2. Masjid Nur Iman, Kg Kagawan, Sandakan, Sabah

3. Masjid Darul Rahmah, Long Busang, Sarawak

4. Masjid Nurul Iman di Sandakan




 TIDAK PERLU RISAU AKAN KETELUSAN KAMI 


Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization).


Pihak kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.








Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti berikut:




Dengan kerjasama:




Nabi Muhammad SAW bersabda:

عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه الإمام ابن ماجه}

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.


SUMBANGAN ANDA MAMPU MEMBINA SEMULA SURAU IMPIAN MEREKA




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BAIKPULIH SURAU RM500
BAIKPULIH SURAU RM100
BAIKPULIH SURAU RM50
BAIKPULIH SURAU RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

PenamaYayasan Ikhlas
No. Akaun562834636228
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN