TERATAK UZUR TEMPAT BERTEDUH 11 AHLI KELUARGA
Rumah Keluarga Solihin Menunggu Runtuh
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh & berlindung, hanya menunggu masa untuk rebah ke tanah.
Di saat rumah kita lengkap dengan peralatan moden & selesa, mereka hanya mampu bertahan dengan apa yang ada.
Bayangkan, rumah yang dipenuhi dengan dinding yang berlubang, atap zink yang berkarat, tiang yang reput. Semuanya usang & tidak selamat.
Layakkah rumah begini wujud dan dihuni oleh rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat pemurah?
REALITI YANG PAHIT & TAK DIHEBAHKAN
Ini bukan kisah atau situasi di luar negara. Inilah yang kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Solihin sekeluarga.
Kehidupan Solihin sekeluarga hanya cukup-cukup untuk makan dan minum sahaja. Mereka tidak mampu untuk membaiki rumah, apatah lagi untuk membina tandas dan bilik air.
Lokasi Bilik Mandi
Bayangkan kalau tandas rumah kita macam ni? Ini bukan masalah tandas rosak, tapi keluarga Solihin ini langsung tidak mempunyai tandas untuk digunakan.
Bantu Solihin sekeluarga baiki rumah & bina tandas dan bilik air.
KENAPA PERLU DIBANTU?
- Rumah yang usang & menanti runtuh
- Tiada tandas dan hanya membuang air besar di dalam kawasan hutan berdekatan rumah
- Mempunyai 11 orang isi rumah yang tinggal bersama-sama di rumah usang
- Mengelakkan gangguan binatang buas dan serangga berbisa
- Menyediakan bilik air yang selesa dan menepati syariat terutamanya untuk ahli keluarga wanita
KOS YANG DIPERLUKAN
Anggaran untuk pembinaan tandas dan proses baikpulih bilik air adalah sebanyak RM 25,000.00
Lakaran tandas & bilik mandi yang akan dibina
SIAPA KAMI
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)