576 ANAK ASNAF BERTARAF STATELESS TERABAI

Tiada Peluang Pendidikan & Bantuan


Mereka Pelapis Generasi Masa Hadapan


Kanak-kanak masa kini adalah penyambung & pemimpin masa hadapan.

Tapi bayangkan jika kita tidak mampu menyediakan keperluan yang cukup untuk mempersiapkan diri mereka untuk masa akan datang.

Bertanggungjawabkah kita sebagai orang dewasa yang berkemampuan?


BANTU ANAK-ANAK ASNAF DI SABAH

Kebanyakkan mereka di pendalaman Sabah khususnya di Semporna mempunyai banyak limitasi bantuan dan kemudahan disebabkan beberapa faktor.

Tiada kad pengenalan diri disebabkan terlalu jauh dari kawasan bandar

Tiada kenderaan untuk ke bandar & kos pengangkutan yang sangat mahal

Sumber pendapatan yang terhad & tak menentu

Tiada capaian internet yang luas untuk memohon bantuan

Kawasan pendalaman yang sukar diakses oleh orang luar


KENAPA ANAK ASNAF INI PERLU DIBANTU?

Disebabkan kebanyakkan mereka tiada kad pengenalan (stateless), maka peluang pendidikan yang terbuka untuk mereka terhad. Jadi ia melahirkan generasi kanak-kanak yang:

Tidak pandai membaca


Tidak pandai mengira


Tidak pandai mengaji

Kurang ilmu agama

Bayangkan bagaimana dengan solat mereka jika mengaji & ilmu agama pun kurang didedahkan.


APA ITU PUSAT KOMUNITI ISLAM AL-HUDA

Pusat Komuniti Islam Al-Huda (PKOM Huda) ialah one stop center untuk pelbagai kegiatan penduduk setempat seperti kelas belajar, kelas mengaji, kegiatan ekonomi, aktiviti kendiri dan sebagainya.

Kami juga akan salurkan bantuan kepada mereka melalui PKOM Huda seperti makanan & keperluan asas lain.

Harapan kami, dengan adanya PKOM Huda ini mampu membela nasib penduduk setempat yang kurang mendapat perhatian dunia luar.

Buat masa sekarang, kami berjaya menubuhkan 2 PKOM Huda di Sabah dengan kapasiti 576 pelajar.

✅ PKOM Huda Kuala Bibang, Semporna
✅ PKOM Huda Pekan 2, Semporna


 BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN? 

 1. Pendidikan Kanak-Kanak & Remaja



Kami membawakan Daie-daie yang terlatih untuk mengajarkan fardu ain dan fardu kifayah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kelas ini akan disertai oleh remaja dan kanak-kanak setempat.


Untuk memastikan kesungguhan anak-anak ini, setiap kali kelas diadakan kedatangan akan diambil. Bukan apa, kami bimbang jika anak-anak ini ada yang tidak hadir kerana kekangan seperti masalah keluarga atau perlu membantu ibu bapa.


Kebajikan anak-anak disini akan dipantau dan perkembangan mereka akan dinilai oleh daie disini.


2. Kelengkapan Belajar & Mengajar


Setiap pelajar akan diberikan buku Iqra, mukaddam, buku rujukan solat, Al Quran, alat tulis dan buku tulis supaya mereka bersemangat dan gembira belajar bersama kawan-kawan.

Tiada istilah pinjam-pinjam jika tidak cukup, kami sediakan semua keperluan mereka. Agar ibu bapa tidak rasa terbeban untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu.

Kami juga akan pastikan kelengkapan para guru di sini mencukupi agar proses pembelajaran dengan anak murid dapat dilaksanakan dengan baik & optimum.


PERANCANGAN 2022 

Untuk tahun 2022, kami menyasarkan untuk terus membantu penduduk setempat di Kuala Bibang & Pekan 2 dari pelbagai sudut.

  1. Kami menyasarkan membantu lelaki & wanita dewasa di sini mendapat pendidikan agama & ilmu asas lain yang mencukupi.
  2. Menyediakan beberapa tapak kedai runcit supaya masyarakat setempat boleh berniaga & dapat menambah sumber pendapatan mereka.
  3. Mengadakan kelas atau bengkel menjahit & membuat keropok lekor di setiap PKOM Huda. Kami berharap dengan skill ini, mereka mampu untuk menanggung keluarga mereka pada masa akan datang.
  4. InsyaAllah, kami juga akan menambah beberapa lagi Pusat Komuniti Islam Al-Huda di sekitar Sabah untuk memudahkan urusan bantuan kepada mereka, di samping meningkatkan mutu ekonomi & pelajaran setempat. 


NAMUN, KAMI TAKKAN MAMPU TANPA ANDA 


Sanggupkah anda melihat masa depan mereka diabaikan?



SIAPA YAYASAN IKHLAS

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization).

Pihak kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Setiap sumbangan anda bersama Yayasan Ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai dari LHDN.

Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti berikut:



Pusat Komuniti Islam Al-Huda






Nabi Muhammad SAW bersabda:



إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662)


SUMBANGAN ANDA PENERUS KEHIDUPAN MEREKA


======


Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk SMS daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG AL-HUDA - RM30
TABUNG AL-HUDA - RM50
TABUNG AL-HUDA - RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Ikhlas
khidmatpelanggan@yayasanikhlas.org.my
+601159586782