"BERTARUNG NYAWA SETIAP KALI NAK MINUM AIR"




Bertahun mereka hidup tanpa bekalan air bersih dirumah, hanya mengharapkan air hujan dan untuk minum mereka terpaksa membeli air. 

Bayangkan kesukaran hidup tanpa bekalan air bersih, menyukarkan kegiatan harian dan pasti sahaja amat menyusahkan ketika memasak dan mencuci baju.


Kita tiada air 3 hari sahaja sudah kelam-kabut menadah air bayangkan jika bertahun tiada bekalan air?


Mendengar keluhan Kak Siti (bukan nama sebenar) yang kami temui ketika misi di sabah, menurutnya semua warga di kampungnya sehingga kini belum pernah mendapat akses bekalan air bersih dirumah.


Anak-anak terpaksa membantu ibu bapa menggankut air setelah pulang sekolah. Bayangkan rumah yang hanya didiami oleh warga emas! siapa yang akan mengangkutkan air untuk mereka?


 Jika tidak berhati-hati mereka boleh terjatuh ketika melalui titian kayu menuju rumah mereka yang dibuat menggunakan kayu yang reput dan sempit.


Pernah sekali anaknya jauh ketika membawa air pulang menyebabkan dia cemas, namun apakah dayanya.



BETUL KE MEREKA NI SUSAH SANGAT?




Tuan/puan kami sendiri turun ke perkampungan mereka, melihat sendiri gaya hidup, dan mendengar dari ketua kampung tentang kesusahan warga setepat. Malam disana gelap gelita, Jangan cakap lampu  bekalan eleterik dirumah mahupun bekalan air bersih pun mereka tiada.


Lihatlah sendiri keadaan rumah disini, rumah mereka sudahlah reput, sekali pijak titian mereka macam nak roboh timbul kerisauan dibenak hati kami.


BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN?




Dana yang anda sumbangkan akan disalurkan melalui pembinaan:


1. Sistem air bersih & perpaipan

2. Telaga air

 3. Tanki air

Yayasan Ikhlas selain memberi bantuan makanan asas dan dalam usaha untuk membantu penduduk kampung pedalaman sabah dan sarawak untuk mendapatkan sumber air bersih.


Misi utama kami adalah untuk memastikan mereka di sabah dan sarawak mendapat bekalan air bersih secepatnya.


Harapan kami cuma satu ingin membantu mereka mengubah hidup mereka apabila dewasa.




 TIDAK PERLU RISAU AKAN KETELUSAN KAMI




Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan Ikhlas mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN.


Antara program yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti:



Dengan kerjasama:


 

Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662)

Ayuh hulurkan sumbangan anda sekarang!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
AIR BERSIH RM500
AIR BERSIH RM100
AIR BERSIH RM50
AIR BERSIH RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN